Peringatan Ajer..


Rabu, 30 September 2009

BBQ With Family

Hari Sabtu, 26 September yang lepas family aku wat BBQ.. adik aku si Nunur tuh sibuk je ajak buat.. padahal siangnya tuh beraya keliling Kulai..letih la gak kan..tapi since adik lelaki aku si lalan tuh nak balik UiTM Shah Alam esok..aku layan jer la..Last time aku buat pun, Ana takde sama..Pagi2 Sabtu tuh dah gi beli ayam, ikan pari, ikan selar besar, sotong ngan udang.. sampai umah terus perap ayam tuh.. siang ikan, sotong ngan udang.. excited betul adik2 aku nak ber BBQ.. Pukul 9.00 malam baru Encik Tunang aku gi buat bara guna arang.. setiap kali wat BBQ, tak kira ar kat umah dia or umah aku..dia memang tugasnya mengadap api n memanggang..cian aku tgk dia..hehehhe...Kelako aku tgk si Hani, anak sedara aku yang comel..tak sabo2 nak makan udang..tak menyempat Pak Long dia nak bakarkan udang.. "nyum, nyum.. nyum,nyum", si Hani ni mintak kat AToknya..kupaskan udang.. hheheh cian Abah... Yang Ana pulak, tak pernah makan ikan Pari panggang nie.. dia kata sedap ker.. tak reti makan la konon.. bila dah siap panggang ikan pari tuh, sakan dia makan.. sedap gak ek pari bakar nie.. akakkakak..aku ngan en. tunang dok perli dia jer.. bleh dia habiskan sekor pari tu sorang2.. akakakakak..





Rabu, 23 September 2009

Suasana Hari Raya di Kg. Parit Sikun, Parit Raja, Batu Pahat





Ya.. sungguh indah, seronok berhari raya di kampung ku.. walaupun, tiada perkataan 'balik kampung' bagi aku kerna aku memang tinggal di kampung kelahiranku..Kampung ku bernama Kampung Parit Sikun Laut, Parit Raja, Batu Pahat. Untuk ke kampung ku, sekiranya melalui highway, perlu keluar di Exit Ayer Hitam.. lebih kurang 20km dari Pekan Ayer Hitam..yang di kenali sebagai Pekan Seramik di dalam peta pelancongan. Lebih kurang 5km pula jika dari Pekan Parit Raja yang pesat membangun. Setiap kali tibanya Ramadhan, maka Pekan Parit Raja akan menjadi sesak dengan Bazar Ramadhan dan Ekspo sempena menjelang Hari Raya. Penduduk di Pekan Parit Raja terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya..tak apa la kan.. setahun sekali.. meriah sungguh di pekan Parit Raja yang terkenal dengan keluaran produk pelbagai jenis kerepek.

Di kampung, amalan tradisi 'Baraan' (Bahasa Jawa) iaitu marhaban dari rumah ke rumah terus diamalkan. Pada pagi Hari Raya Kedua, Kaum Lelaki tidak kira peringkat usia akan bermarhaban dari rumah ke rumah..ada lebih kurang 50 buah rumah yang perlu dikunjungi. Maka bingitlah kampung ku dengan deruman motorsikal..maklum la orang-orang muda kan.. bunyi motor dah macam bunyi motobot.. nenek aku becok mulutnya..mengomel itu dan ini..dan aku hanya tersenyum..Tahun ini, rumah ku menyediakan juadah nasi putih, ayam masak merah, sayur campur, ikan masin bulu ayam dan 'urap'. Habis licin nasi di dalam plus.. tak cukup pulak! nak wat macam mana.. lebih kurang 160 orang yang bermarhaban.. aku senyum je bila adik aku kata..wei..long..nasi tak cukup.. kalau yang datang trip yang ke dua.. memang tak dapat apa laa.. huhuhu..adik sepupu aku siap masuk kat dapur..makan apa yang ada je la dikkk...marhaban bagi kumpulan lelaki berakhir pada jam 6 petang.. abah aku merungut..dia kata lambat betul bergeraknya tahun ini.. bila dah petang..baru kelam kabut..

Hari Ketiga Raya, giliran kumpulan marhaban wanita.. juga tidak kira usia.. mempererat hubungan Silaturrahim.. aku pulak ditugaskan membaca doa.. hemm..nasib badan..orang muda kena belajar kata ketua marhaban.. tak apa la kan..atleast mana orang kampung yang tak tahu namanya tuh..dapat la aku tahu..betul tak..nie tak..kenal muka je..nama tak tahu..Untuk marhaban wanita, mak aku sediakan mee cinta ngan bihun goreng..bersama sambal petai + udang...pergghhh.. habis licin gak.. tak cukup!. Diorang kata mak aku masak sedap.. depa nie..tak kira kumpulan marhaban lelaki ke perempuan ke..memang dok menunggu nak sampai umah aku..nak mencekik.. huhuuhuu.. katanya, kat rumah Wak Amat nanti mesti dapat makan best.. macam ni la kami setiap tahun..mesti nak kena masak untuk diorang.. setahun sekali je..apa salahnya..moga kami dimurahkan rezeki.. aminnn...Kat rumah aku la diorang makan dulu, baru bermarhaban n baca doa..sabo je la..tak sabo2 nak makan sebab dah bau makanan yang sedap.. Udahnya, kuih muih yang aku dok susun dalam bekas kuih tak berusik.. tak laku ler..hehehhe.. Marhaban habis jam 3.00 petang.. cepat kan.. tak macam lelaki..kuang kuang kuang.. ketua marhaban ngan tukang baca doa gerak pantas.. hukhukhhuk..

P/S aku tak tau la korang beraya macam mana.. tapi macam ni la kat kampung aku..tiap kali raya ke 2 dan ke 3..memang penuh dengan aktiviti marhaban dari rumah ke rumah.. hari raya ke 4 pulak, marhaban di Kampung Parit Haji Ali Laut... walaupun letih..tapi memang seronok.

Selasa, 15 September 2009

Biskut Rayer..Nak Wat Rayer.. :D

Ni la ruper hasil biskut yang aku wat masa cuti tempoh hari..aku wat sikit jer.. masa tuh wat 3 jenis biskut..almond london, biskut cornflakes perisa oren ngan biskut koko.. puhh..letih jangan cerita la..aku ngadap benda ni sorang-sorang tau.. xtau ler sedap ke idak..wat biskut simple2 jer..ngam-ngam tiba buka pose aku selesai bakar 3 jenis biskut nie..alhamdulillah..nanti aku nak wat kek pulak.. akan aku post ruper kek aku nie.. hehehhe..oh yea..nak bagi sikit kat bakal mak mertua..:d

My Hani Gi Shopping

Satu malam tuh Mak Long ngan Mak Uda Hani ni bawak dia gi shopping.. nie le first time kitorang bawak budak comei ni gi shopping without ibu dia.. huhu.. mula-mula gi Carrefour dulu.. dapat la beli kasut n 2 pasang baju untuk adik si Hani..singgah jap kat Square One, masuk lif je dia melalak..punya la kuat dia jerit..si Hani ni penakut.. sabo je la Mak Long ngan Mak Uda dia..letih memujuk..pastu terus gi BP Mall..Kat BP Mall ni lagi la kelako.. naik trolly..dia suka sangat..tak sabo2 nak naik escalator tuh..dok tunjuk kat Mak Long dia nak naik escalator..pastu masuk le pulak kat Pacific, nak carik baju dia.. nampak patung kecik..dia kata 'adiiikkkk...'.. bila nampak patung besar.. dia jerit..nangis..alahaiiiii...ramai pulak yang toleh tengok kitorang..kuikuikui..cepat2 le aku halakan trolly ni kat tempat lain..biar dia tak nampak patung2 tuh semua..sudahnya, dalam perjalanan balik tuh..dia dah terlentok..penat ler tuh gamaknya..ibu dia pulak dok call..tanya ok ke tak..risau si hani mengamuk..esoknya..Hani bangun lambat...pukul 12 tengahari baru bangun.. keletihan kerana shopping.. hani..hani..

Buka Pose..

Gambar ni aku ambik masa buka pose sama-sama kat Summit Parade, Batu Pahat ngan encik tunang aku nie.. poyo jer muka dia masa minum tuh kan.. air kiwi tuh..kuikuikui.. punyer la lapar.. makan habis licin.. ni la first time buka pose sama-sama kat luar. Ni pun sebab dia temankan aku gi shopping sikit untuk persiapan raya.

Isnin, 7 September 2009

Aktiviti En. Tunang :D


Seumur hidup aku ni ler first time ikut encik tunang gi jamming..ada tempat jamming kat kg parit haji rais.. bleh tahan jugak ler dia tunjuk skill dia depan aku nie.. tapi main semua lagu2 rock.. bingit gak telinga aku..tapi sebab nak jaga hati dia..aku layan jer ar.. encik tunang aku ni pon rajin melayan aku..dia ikut je apa yang aku suka buat.. so dalam hidup nie..kita kena la give n take..betul tak?? emm..berdarah seni gak encik tunang aku nie yea.. kuikuikui.. aku pulak tak kenal gang2 dia..so aku just senyap jer la..dengo diorang jamming..

Puding Gula Hangus

Hari Sabtu 5 Sept aku ada perasaan rajin sikit..benonyer pagi2 tuh aku gi surf internet..carik website resepi..belek nyer belek..aku tertarik lak nak wat puding gula hangus..so, petang tuh aku nekad le nak wat..ni first time nak wat nie.. huhuhu.. dan hasilnya macam kat dalam gambo tuh ler..senang je nak buat..tapi masalahnya pulak, rasa pahit sikit ar..waduhhhh...kire tak menjadi ar eksperimen aku tuh..kuang3x.. yang penting..bentuk nyer dah cantik tuh.. wakakakka

Khamis, 3 September 2009

LiPan Oh LipAn..

Malam tadi lepas Solat Isya', mak aku dok melepak le depan tv kat dapur.. menikmati rancangan apa pun aku tak pasti.. aku lak dok kat ruang tamu..ngadap laptop aku ni..dok check e-mail sambil dok depan tv gak.. pastu, tetiba je umah aku bergegar ngan jeritan mak aku yang lemak merdu..kuang kuang kuang.. 'lipan!, lipan!, lipan!'..mak aku jerit.. tuh ar orang perempuan, jerit dulu..tindakan kendian.. abah aku le muncul dari dalam bilik.. gi kejo lipan tuh n katok lipan tuh.. maka jadi arwah la lipan tuh..ciannn dia.. sib baik takde sapa2 kena sengat ngan cik lipan tuh.. beso gile lipan tuh..ngeri beb..aku dah pernah kena dulu.. menangis2 tau..tahan sakit.. macam nak meletup bengkak kat ibu jari aku..huhuhu..kembung macam belon..jam 4pagi berdezup gi klinik..kena inject..aku alergik ngan sengatan lipan.. taknak ler kena lagi..

Selasa, 1 September 2009

Sambutan Kemerdekaan Daerah Batu Pahat


Tanggal 31 Ogos 2009, telah diadakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat di Dataran Batu Pahat. Jam 7 pagi aku telah bertolak, bukan apa biar awal..senang nak cari parking. Sambutan pada tahun ini, sederhana sahaja dan tak berapa ramai.. Bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi..Walaupun sederhana, tapi ia memberikan seribu makna.. Hargailah Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini hasil daripada perjuangan orang terdahulu yang telah banyak berkorban. Peliharalah Kemerdekaan ini agar kita dapat terus mewariskannya untuk generasi akan datang. Bukannya mudah untuk negara kita mencapai Kemerdekaan.. Jiwailah semangat Kemerdekaan itu..