Peringatan Ajer..


Khamis, 8 September 2011

Frust Nyer


Hurmmm..haishhhhh.. penatnya hari nie..beria fokus ngan tugasan..membina blog..dah cun dah.. tup tup..bila nak wat carian blog yang berkenaan kat mana2 search engine.. tak jumpa lak..letihhhhhhhhhhhhhhhnyaaa.. malam ni nak present...

Khamis, 30 Jun 2011

Aktiviti Di Hujung Minggu..

Assalamualaikum.

Seronok sangat hari Ahad yang lalu, 26 Jun 2011, hari2 ku dipenuhi dengan keseronokan.. Awal pagi lagi aku menghadiri Program Sihat Cergas di Kampung Olak Batu, Parit Raja.Pelbagai pengisian untuk program ini diadakan seperti Senam Robik, Pertandingan Mewarna, Sukan Rakyat dan Penyemakan & Pendaftaran Pemilih Baru. Ku lihat golongan belia, beliawanis dan masyarakat kampung di sini sangat sporting.Antara pemimpin yang hadir adalah YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Semarang/Ketua UMNO Bhg. Ayer Hitam/Ketua Penerangan UMNO Johor serta isteri dan Saudara Mohd Fadil B. Muskon, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam / Ketua Pemuda UMNO Johor.


Acara Senam Robik.. ni semasa warming up :) Instructor : Julie

Pertandingan Mewarna : Tekun betul adik2 nie..


YB Datuk Hj. Samsolbari B. Jamali semasa acara makan epal.

Selesai sahaja program tersebut, aku dan c-kin bergerak pula ke Square One, Batu Pahat membeli kain untuk baju raya kami. Aku beli 4 pasang, manakala c-kin 2 pasang. Penat c-kin mendengar leteran aku semasa dia memilih kain. Ada je yang tak kena di mataku dengan pilihannya..mana taknya, ada kain sesuai untuk OTT tapi dia nak.. mana boleh kan.. hehehhe..

Penat shopping, lapar pulak perut..teringin nak menikmati mee goreng basah dan kerang goreng di Kampung Sungai Lurus, Senggarang.Tiba di sana, ramai pula orang sebab ada program di kampung tersebut. Nak parking pun susah. Kat kedai makan tuh pun ramai orang. Meriah sungguh. Nasib baik ada satu meja yang kosong, terletak di sudut kedai. Air tengah pasang pulak tuh, memang best. Punya la lama tunggu orang nak ambik order.. membebel mulut si c-kin.. takper la kin.. kan ramai orang kan..


Tak lama kemudian, sampai lah pesanan kami.. ombak pulak makin kuat.. sambil makan, mata dok tengok ombak menghempas batu. Sesekali..terpercik air dia meja makan.. kecoh juga..takut bertambah masin makanan kami, bertambah air dalam gelas minuman kami..hehehhe.. tapi kami wat dek jer..tak macam pengunjung di meja sebelah..siap berpindah..hahahha.. cool kin..cool..takdenya masuk dalam makanan kita.. Selesai sahaja menjamu selera.. kami bergerak pulang pada jam 6.30 petang.



Nampak menyelerakan kan...
so... yummy...

P/S Adik C-kin thanks melayan kerenah kakak angkat mu nie yea.. huhu..LOVE YOU...

Isnin, 20 Jun 2011

RInDu Kuda LauT..

As salam.. kepada semua pengunjung blog ku yang tak seberapanya nie.. entah kenapa pagi ni sekali lagi aku merasa rindu kepada sahabat2 ku yang berada jauh..dipisahkan dengan faktor geografi.. namun dekat melalui teknologi maklumat zaman ini.. betul2 rindu kat kalian semua.. Kak Dayang.. Watie..Nurazmi..ABang Azmi..Kak Ju..Rakan2 PM yang banyak membantu ku di sana..Kerana kerinduan ku itu..maka terciptalah satu video mengandungi wajah2 kalian..Bila la kita dapat benar2 bertemu, berkumpul bersama2, chit chat, bergurau senda dan bergelak ketawa.. we do have the same aura.. dats why we've get along very well together..

LOVE U All'S...Miss Ya.. MMuuahhhhhHHhhhh.. :*

Ahad, 19 Jun 2011

Layan MoviE..

Aktiviti yang dirancangkan sejak minggu lepas iaitu mengikuti konvoi ke Air Terjun Tangkak, Ledang terpaksa dibatalkan. Ini semua gara-gara hubby yang keletihan akibat melaksanakan tugas Kawalan Rukun Tetangga (KRT) di Sri Gading. Tak silap aku, dia balik jam 3.30 pagi..tentulah mata mengantuk, tak larat nak bangun pagi. Lebih-lebih lagi, konvoi tersebut dijadualkan bergerak jam 7.30 pagi. Hubby terjaga dari tidur jam 12.00 tengahari.Kawannya, si Wan sibuk menelefon supaya hubby dapat join sama di Tangkak, walaupun lewat. Hubby tanya gak samada aku nak gi atau tidak.. Aku khabarkan padanya bahawa aku rasa tak sedap hati nak ke sana.

Akhirnya, pada jam 2.00 petang kami ke BP Mall sahaja.. Menuju ke cinema dan membeli 2 keping tiket Filem Super 8. Tayangan dijadualkan pada jam 4.30 petang. Sambil menunggu tayangan bermula, kami ke gerai makan Thai yang berada di G Floor, BP Mall.Seperti biasa menikmati Kuey Teow Tom Yam. Aku tak berdaya untuk menghabiskan Tom Yam tersebut. Ku rasakan Tom Yam hari ini tidak seperti selalu. Menyesal pun ada..tak ikut rasa hati.. pada awalnya nak order Nasi Ayam Goreng..Hubby pun tak daya nak jadi 'Majlis Bandaraya' :) Biasanya, dia la yang tolong habiskan.

Selesai jer makan,hubby keluar ke parking lot untuk menikmati asap rokok. Aku malas nak tunggu, so ambil keputusan untuk berjalan-jalan.. aku berkenan pula dengan sebuah jam.. tak selesa tidak memakai jam di tangan. Jam Polo ku masih lagi belum ditemui..entah kat mana aku letak..aku pun tak tau.. Bising hubby coz jam tuh sebenarnya sepasang..sama seperti yang dipakai oleh hubby ku..

Jam 4.20 petang, kami masuk ke Cinema 3.. ramai juga yang menonton filem nie..semasa aku beli tiket, hanya ada 2 orang yang telah membeli tiket tersebut.Filem Super 8 nie menarik juga untuk ditonton.. mendebarkan.. ada masanya aku memegang tangan hubby kerana terperanjat. Filem ini mengisahkan aelien yang terpenjara oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.. pada satu masa, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan keretapi yang memang sengaja dilakukan oleh seorang doktor atas tujuan untuk membebaskan aelien tersebut..kejadian tersebut telah disaksikan oleh beberapa orang anak remaja yang sedang melakukan penggambaran. Filem ini turut mengisahkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan. Secara peribadi, aku merasakan berbaloi menonton filem ini.

Jika nak tahu bagaimana kesudahan filem ini.. pergilah menonton di pawagam berhampiran anda yea.. :)

Sabtu, 18 Jun 2011

Sakit Hati

Haisssshhhh... Rasa sakit di hati nie tak mau menghilangkan diri.. adohaii jiwa adohai rasa..pulihlah dikau agar aku ceria di hari Sabtu.. merosakkan keindahan hari hujung minggu ku..ni semua hubby nyer pasal..Kalau dah mengadap hobinya tuh..aku langsung tak diambil peduli..Malam tadi tinggalkan aku kat umah mertua nie macam tuh jer.. makan malam pun tak nak saing. Hubby dah gi makan dulu. Macam tak menyempat no nak gi memancing tuh..Dah le dok kat umah mertua nie..Ikutkan hati nak mogok lapar je malam tadi. Tapi tak sampai ati coz akak ipar dok terjerit2 panggil aku suruh makan.Maka, makanlah aku ngan separuh hati.Nasib baik le ada Maharaja Lawak malam tadi yang buat aku gelak sakan tak hengat.. Habis je mengadap Maharaja Lawak, aku layan Facebook n Blog aku nie sampai le aku tertido depan laptop..Tido sorang lagi la malam tadi..BENDA NIE MEMANG SERING BERLAKU..

Jumaat, 17 Jun 2011

Hari Ku Di KNJ


Hari ni seharian berada di KNJ, Johor Bahru..Seronok betul dapat jumpa kawan2 seperjuangan.. memang rasa rindu sangat sebab dah lama tak jumpa.. cuma berhubung di alam maya jer..Awal perjumpaan, kami dihidangkan dengan amanat yang disampaikan oleh big boss..dan terasa agak sedih juga apabila salah seorang kawan kami kena sound direct.. mahu ditukarkan ke unit lain sekiranya beliau masih lagi 'Tak Perfomr' dalam segala tugasan yang diberikan.. Dah namanya seperti adik beradik, maka sudah pasti kami juga terasa bila rakan kami ditegur sebegitu.. Macam yang Kak Orange Rama2 cakap, 'Cubit Peha Kanan, Terasa Tangan Belah Kiri'.. walau apa pun, kami mengharapkan agar sahabat kami itu akan melaksanakan segala amanah dengan sebaik mungkin.Tolong jangan terjun bangunan yea Kamal dot dot Jorak..

Hari ini, kami betul2 fokus semasa berbengkel.. memastikan bahawa tugasan disempurnakan dan diserahkan sebelum kami dibenarkan pulang.. Sepanjang bengkel tersebut, aku secara peribadi amat berbahagia dengan gelak tawa, gurau senda.. ibarat Iklan..yang dilakukan oleh rakan2.. thanks to abang Leman, Ichigo Azli yang sentiasa mewarnai setiap detik di KNJ..Tagline2 dalam MAHARAJA Lawak sentiasa meniti di bibir.. 'Boleh Tujukan Lagu Tak?', 'Haaaaaaaaaa....', 'Apa Pun Tak Boleh..', 'Kepala Lutut' membangkitkan hilai tawa.. sampai boss pun terkena dan tertawa..Ichigo Azli yang asyik menyakat Kak Sileh.. Pak Jak dan Abg Khamis yang secara tiba2 melawak tetapi muka slumber.. menimbulkan bengang di kalangan kami. Begitulah kami..apabila insan seramai 26 orang ini dihimpunkan..

Thanks to Adha n Sis Orange Rama2 yang berniat mahu menghantar ku pulang.. Tak sanggup aku nak menyusahkan kawan2.. Takkan la dari JB ke Ayer Hitam..kemudian patah balik ke JB..My Dear Fren MY ALL SAYANG.. thanks sebab berniat murni.. aku tak kecik hati pun ko tak dapat hantar aku balik.. Thanks to Ina JER n SERI sebab sudi tumpangkan aku balik tadi..

Sebenarnya.. AKU SANGAT SAYANGKAN KORANG.. APA PUN TAK BOLEH..ambik tempat korang..PEACE YOU ALL..

Khamis, 16 Jun 2011

Setelah Setahun...

Tuh dia.. setelah setahun tidak ku lawati blog peribadi ku ini.. kalau ada labah-labah dok dalam blog aku nie.. entah rupa apa agaknya ek.. bersarang..pasti huduh rupanya.. kikiki... malam nie aku start edit sikit rupa blog nie..semangat berkobar-kobar semula bila melihat blog Kak Ju, rakan sejabatan di Miri yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia blog.. happy blogging buat Kak Ju dan rakan-rakan ku di Miri..Harap-harap semangatku pada kali ini tidak luntur.. Untuk mengendalikan blog memang mencabar.. yer la..mana taknya..nak kena rajin update kan.. kalau ada idea..cun je mengalir idea, apa yang kita nak tuliskan.. if tak.. memang tak ter update ler..cam kes aku nie.. alamatnya.. KITA BAKO JER.. hehehhehe