Peringatan Ajer..


Rabu, 23 September 2009

Suasana Hari Raya di Kg. Parit Sikun, Parit Raja, Batu Pahat





Ya.. sungguh indah, seronok berhari raya di kampung ku.. walaupun, tiada perkataan 'balik kampung' bagi aku kerna aku memang tinggal di kampung kelahiranku..Kampung ku bernama Kampung Parit Sikun Laut, Parit Raja, Batu Pahat. Untuk ke kampung ku, sekiranya melalui highway, perlu keluar di Exit Ayer Hitam.. lebih kurang 20km dari Pekan Ayer Hitam..yang di kenali sebagai Pekan Seramik di dalam peta pelancongan. Lebih kurang 5km pula jika dari Pekan Parit Raja yang pesat membangun. Setiap kali tibanya Ramadhan, maka Pekan Parit Raja akan menjadi sesak dengan Bazar Ramadhan dan Ekspo sempena menjelang Hari Raya. Penduduk di Pekan Parit Raja terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya..tak apa la kan.. setahun sekali.. meriah sungguh di pekan Parit Raja yang terkenal dengan keluaran produk pelbagai jenis kerepek.

Di kampung, amalan tradisi 'Baraan' (Bahasa Jawa) iaitu marhaban dari rumah ke rumah terus diamalkan. Pada pagi Hari Raya Kedua, Kaum Lelaki tidak kira peringkat usia akan bermarhaban dari rumah ke rumah..ada lebih kurang 50 buah rumah yang perlu dikunjungi. Maka bingitlah kampung ku dengan deruman motorsikal..maklum la orang-orang muda kan.. bunyi motor dah macam bunyi motobot.. nenek aku becok mulutnya..mengomel itu dan ini..dan aku hanya tersenyum..Tahun ini, rumah ku menyediakan juadah nasi putih, ayam masak merah, sayur campur, ikan masin bulu ayam dan 'urap'. Habis licin nasi di dalam plus.. tak cukup pulak! nak wat macam mana.. lebih kurang 160 orang yang bermarhaban.. aku senyum je bila adik aku kata..wei..long..nasi tak cukup.. kalau yang datang trip yang ke dua.. memang tak dapat apa laa.. huhuhu..adik sepupu aku siap masuk kat dapur..makan apa yang ada je la dikkk...marhaban bagi kumpulan lelaki berakhir pada jam 6 petang.. abah aku merungut..dia kata lambat betul bergeraknya tahun ini.. bila dah petang..baru kelam kabut..

Hari Ketiga Raya, giliran kumpulan marhaban wanita.. juga tidak kira usia.. mempererat hubungan Silaturrahim.. aku pulak ditugaskan membaca doa.. hemm..nasib badan..orang muda kena belajar kata ketua marhaban.. tak apa la kan..atleast mana orang kampung yang tak tahu namanya tuh..dapat la aku tahu..betul tak..nie tak..kenal muka je..nama tak tahu..Untuk marhaban wanita, mak aku sediakan mee cinta ngan bihun goreng..bersama sambal petai + udang...pergghhh.. habis licin gak.. tak cukup!. Diorang kata mak aku masak sedap.. depa nie..tak kira kumpulan marhaban lelaki ke perempuan ke..memang dok menunggu nak sampai umah aku..nak mencekik.. huhuuhuu.. katanya, kat rumah Wak Amat nanti mesti dapat makan best.. macam ni la kami setiap tahun..mesti nak kena masak untuk diorang.. setahun sekali je..apa salahnya..moga kami dimurahkan rezeki.. aminnn...Kat rumah aku la diorang makan dulu, baru bermarhaban n baca doa..sabo je la..tak sabo2 nak makan sebab dah bau makanan yang sedap.. Udahnya, kuih muih yang aku dok susun dalam bekas kuih tak berusik.. tak laku ler..hehehhe.. Marhaban habis jam 3.00 petang.. cepat kan.. tak macam lelaki..kuang kuang kuang.. ketua marhaban ngan tukang baca doa gerak pantas.. hukhukhhuk..

P/S aku tak tau la korang beraya macam mana.. tapi macam ni la kat kampung aku..tiap kali raya ke 2 dan ke 3..memang penuh dengan aktiviti marhaban dari rumah ke rumah.. hari raya ke 4 pulak, marhaban di Kampung Parit Haji Ali Laut... walaupun letih..tapi memang seronok.

3 ulasan:

  1. SALAM ..Cerita anda buat teman terkenang kg teman dilahirkan Kg Parit ..... Muar.
    Memang suasana raya disana meriah sebulan.Baju melayu dipakai setiap hari...

    BalasPadam
  2. boleh saya dptkn no.telefon pengetua sekolah rendah berdekatan dengan kampung simpang sikun..?

    BalasPadam
  3. Alamak Ika, saya tak ada simpan no. telefon Guru Besar Sek. Keb. Seri Kemajuan, Kampung Parit Tengah atau Sek.Keb. Setia Jaya, Kampung Parit Haji Ali..

    BalasPadam