Peringatan Ajer..


Jumaat, 31 Julai 2009

Mentari Muram..

Sejak semalam kesedihan, kekecewaan, kemarahan membelenggu diri ku.. Hidup ini sememangnya warna warni.. ada kala kita gembira..ada kala kita berduka..Acap kali perasaan sedih ku selalu aku sembunyikan..mungkin aku berlagak hipokrit.. di depan orang aku tertawa, aku gembira.. di dalam hati tiada sapa yang tahu..kadangkala, kedukaan, kegelisahan tak dapat ku sembunyikan dari raut wajah ku.. Macam-macam perkara yang aku fikirkan..sehingga aku sukar untuk melelapkan mata di malam hari..

Semalam, tak dapat ku hindarkan dari kemarahan ku meletup.. sikap orang yang suka bermulut celupar, mengata yang bukan-bukan membuat aku hilang sabar.. kalau ada orang sengaja memburuk-burukkan 'princess' ku yang ku sayang..tempat aku mencurahkan khidmat bakti, mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit ku..aku memang tidak boleh diterima..kenapa tidak kritikan itu dilemparkan terus kepada ku..bukan kepada orang sekeliling ku?? selama ini 'prince' dan 'princess' tidak ada masalah.. kami saling bekerjasama..berkongsi masalah..Yang paling mengecewakan aku.. dia juga seangkatan dengan kami..dan mereka itu juga sebenarnya..dibayar gajinya.. siapa mereka untuk menilai kami? sejauh mana sangat sumbangan mereka itu??Tidak keterlaluan jika ku katakan mereka ini memang tak sedar diri..Aku bukan tidak boleh menerima kritikan orang lain..tapi biarlah cara yang berhemah..dan perkara yang disebut itu biarlah yang benar..

Hari ni juga aku rasa sedih...terhadap orang yang aku sayang..tempat bakal aku berlindung..ku harapkan dia sebagai pemimpin selepas orang tua ku.. telah berulang kali aku menegur dia..tidakkah dia faham apa yang aku mahu sampaikan.. sesungguhnya aku penat dan lelah hendak menjadi pemimpin di semua tempat.. di pejabat, di rumah, di 'princess'..mengapakah dia masih tak berubah sikap.. telah banyak kali air mata ku ini mengalir..kerana dia..kerana dia.. Aku tak tahu lagi nak berkongsi masalah ini dengan siapa lagi..sekurang-kurangnya di ruangan ini dapat aku luahkan segalanya.. Kalau ku ceritakan perkara ini kepada rakan-rakan ku..mereka tak dapat memahami perasaan ku..paling-paling mereka minta aku supaya berfikir semula..ahhh..tak mungkin aku melukakan perasaan kedua orang tua ku itu.. biarlah aku yang berkorban dan terkorban.. sekurang-kurangnya mereka gembira melihat aku hidup berdua.. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar aku juga bahagia seperti orang lain.. mungkin ini semua dugaan buat ku..Sesungguhnya aku memohon kekuatan dari Mu Ya Allah..


Wasiat Raja-Raja Melayu..


emmm...satu benda yang menarik yang perlu kita hayati.. aku dapat semasa melayari blog Ketua Penerangan Malaysia..Wasiat Raja-Raja Melayu yang dimaktub pada 31 Ogos 1957..

Wasiat tersebut mempunyai tujuh (7) perkara seperti berikut:-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Penularan H1N1 membimbangkan..


Aku rasa amat bimbang terhadap penularan Influenza H1N1 yang kini semakin meningkat..Ia telah mencatatkan 4 kematian..yang terkini seorang gadis di Melaka..apa yang aku kesalkan doktor menyifatkan ia sebagai demam biasa..Aku harap semua doktor tak kira yang berkhidmat dengan kerajaan atau swasta menjalankan tanggungjawabnya dengan serius..lebih-lebih lagi pada waktu ini..mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, jumlah kes tempatan telah meningkat berbanding kes import.. Batu Pahat juga tidak terkecuali..sebuah sekolah telah ditutup..sesungguhnya aku sangat-sangat bimbang..Diharap Kerajaan dapat mempercepatkan pembekalan Vaksin H1N1 tuh.. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Hindarkanlah kami dari musibah ini.. amin...

Khamis, 30 Julai 2009

Hani Yang Comel



Jam 6.30 petang semalam aku ajak anak sedara aku nie, si comel Hani round2 keliling kampung.. sememangnya ini rutin aku kalau dia balik kampung.. dia memang suka naik round2 ngan mak long dia..naik motor jer.. pantang nampak aku pegang kunci motor..cepat2 pakai kasut dia..pastu tepuk2 tangan mintak aku dukung,dudukkan dia kat bakul motor aku..hehehhe..comei betul dia.. aku beri dia pembelajaran secara tak langsung..mengenal alam sekitar.. sepanjang jalan aku akan menyebut.. apa yang ada di depan mata.. kerapkali dia akan bertanya aku soalan yang sama berulang kali.. aaa??aaa??aaa??aaa?? macam iklan 'burung apa?' tuh..

Sekarang dia dah pandai dan mengenal beberapa benda.. seperti air..kalau aku parking kat tepi sungai tuh..dia tau la yang mengalir tuh..air.. kalau terjumpa ayam.. dia tersengih tengok aku..sambil kata ayam.. sambil angguk2 kepala..bijak anak sedara aku nie..walaupun baru berusia 1 tahun 7 bulan..

Semalam aku kagum ngan dia.. bile aku round2 depan kampung aku tuh.. dia sebut roriii..rorii..sambil tunjuk jari dia kat lori berkepala hijau.. hhuhuuhu..seronok betul...aku betulkan sebutan dia..hani..lori.. lori..

Petang nie aku nak ajak dia round2 lagi..seronok..

Rabu, 29 Julai 2009

Pesanan Jadi Pedoman..



Tanggal 26hb Julai 2009 (Ahad), Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam telah selamat mengadakan Mesyuarat Perwakilannya.. Ia dirasmikan oleh YB Datuk Samsolbari bin Jamali, Ketua Penerangan UMNO Johor / Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam / Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semarang. Awal pagi sebelum majlis perasmian berlangsung, hujan turun rintik-rintik..pada mulanya aku agak bimbang..ialah bimbang rakan-rakan seangkatan dengan ku ini lena diulit intan..alhamdulillah..hujan reda pada jam 8.00 pagi..sampai saja aku di dewan, aku lihat ramai yang telah menghadirkan diri..masing-masing berbaju putih, berkain batik rasmi puteri dan bertudung merah jambu..sweetttttt...

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk amat berbangga dengan kehadiran puteri..lengkaplah UMNO dengan kehadiran sayap bongsunya yang telah wujud selama 8 tahun. YB Datuk berpesan kepada puteri agar menghayati perjuangan puteri dan UMNO itu sendiri..Aku rasa terharu dengan ucapannya yang menyatakan bahawa beliau faham dengan masalah yang dihadapi oleh Puteri..katanya umur puteri berada dalam kelompok umur yang paling produktif..produktif dari segi melahirkan, dari segi tenaga, dari segi masa dan sebagainya..Gunakannya dengan sebaik mungkin..Beliau tidak mahu melihat UMNO sebagai satu kelab sosial atau kelab eksklusif untuk menikmati kelebihan daripada orang lain.

Aku sesungguhnya insaf kerana aku sendiri tidak mahu melihat parti UMNO yang kusayang ini senasib dengan Dinosaur..pupus dan hanya tinggal nama..YB Datuk turut berpesan agar ahli-ahli Pergerakan Puteri sentiasa muhasabah diri. Nasib Negara dan Parti berada di tangan generasi muda kini. Beliau juga menyarankan agar puteri melaksanakan Out Reach Programmes.

Insyaallah, segala pesanan beliau akan kami laksanakan. Terima kasih YB Datuk..


Sambil Menyelam...


09 Julai yang lalu aku dan rakan-rakan Puteri Bahagian telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai. Sebelum gi tu, aku masak ler sikit utk kawan2..almaklum nak bertolak waktu tengahari..dah tu berkumpul kat umah aku.. aku masak asam pedas, tumis kacang panjang+sotong,sambal belacan ngan ikan kering bulu ayam.tuh je la..simple je.. bepeluh2 aku siapkan semua nie..

Bertolak jam 1 petang..ni semua pasal kawan2 aku ni datang lambat..geram gak aku..kena sampai kat Kukup Golf Resort jam 2.30 petang..Nasib la..berdezup bawak keta.. cik abang aku nie yang anto aku..dia bawak 2 org member dia..emmm..apa lagi..nak gi memancing le kat kukup tuh.. terpaksa le layan kan jer.. abis mesyuarat perwakilan tuh jam 3.30 petang.. terus gerak gi tempat mancing dan aku tinggalkan kawan2 aku..diorang nak terus balik.. aku tukar baju n solat asar kat masjid..lupe lak aku nama masjid tuh.. terus la gi tempat memancing tuh.. semangat berkobar-kobar abang aku tuh..siap beli umpan pukul 6.30 pagi kat pasar bandar bt pahat.. sabo je la..sampai tempat terus setting pancing.. dann.. zasssssssssss... baling mata kail kat laut yang airnya berkeladak..huhuhu.. bagi aku penantian tuh satu penyeksaan.. aku bosan la..duduk je..tak buat apa.. abang aku ni memang penyabar..hishh.. kalau aku memang tak kuasa daaahhh dok melangut macam tuh..

Tunggu punya tunggu..punya tunggu..ikan tak sangkut kat mata kail..asyik habis je umpan tuh.. dah tu asyik sangkut je sebab ombak kuat.. huhuhu..aku makin bosannnnnnnn.. sampai ke petang..baru dapat 2 ekor..yang sekor tuh gelama kuning..dan sekor lagi tu aku tak tau nama ikannya.. yang klako..ada dapat puffer fish..aku bantai gelak kat abang aku..pastu sangkut lak beling.. aku tak pasti la apa la yang seronok sangat ngan memancing nie..tunggu berejam..dapatnya 2 ekor jer.. ALAHAIIIIIIIIIIIIIIII... tapi sayang abang nyer pasal.. layan je laaaaaaaa.. sebab dia pon rajin layan aku..buat aktiviti yang aku suka..so..kena la give n take :)

Selasa, 28 Julai 2009

Entah apa-apa Ajer


emmm... aku dok berangan la nak jadi blogger..udahnya aku tak tau nak wat aper ngan blog yang aku dah sign in nie.. nak create story aper ek.. tumpul lak idea aku nie..mentol aku tak menyala.. huh.. malam tadi aku tak dapat nak tidoq lena..anak sedara aku melalak tak sudah2.. at last aku tak perasan aku dah tertido jam berapa.. tido lewat nyer pasal..aku bangun tido lambat beb.. pukul 7.30 baru terbangun.. udahhhhhh... aku ter miss solat.. huhu.. kelam kabut gi mandi.. iron baju.. tak sempat pon nak make up.. sampai opis jam 8.10 minit.. kuang 3x.. cestttt... wat muka tempe masuk opis...

Member dok tanya.. awat la ko lambat.. macam ada anak..member aku ni memang datang awai gi opis..7.30 mesti dah sampai nyea.. tukang bancuh ayaq teh O.. best best best.. aku wat muka mengantuk.. mata stimmmm jer..huhuhuu.. macam garfield.. walau macam mana ngantuk pon.. keja kena settle kan beb.. walaupun macam haram aku nak kuarkan idea.. hari ni kena anto laporan...jam 3 petang baru mentol idea aku menyala..waduhhhh... selamat.. aku emailkan semuanya kat pejabat negeri.. tak lupa aku forward gak kat PKD n boss aku.. boss..report settle.. check e-mail..ada lagi keja nak kena layan... ooo xper..keja senang.. call san call sini.. dapat maklumat..terus key in...zasssssssssss...aku anto lagi report aku tuh.. sok pagi aku nak remind kawan2 aku sedaerah nie..mak sure anto report diorang..kot tak aku plak yang kena bambu...

uikssss... dah nak dekat kol 8.. kang sambung..aku belum mandiiiiiiiii lagiiiiiiiiii...huhuhu...time to bersiram....adios...

Rabu, 8 Julai 2009