Peringatan Ajer..


Khamis, 30 Jun 2011

Aktiviti Di Hujung Minggu..

Assalamualaikum.

Seronok sangat hari Ahad yang lalu, 26 Jun 2011, hari2 ku dipenuhi dengan keseronokan.. Awal pagi lagi aku menghadiri Program Sihat Cergas di Kampung Olak Batu, Parit Raja.Pelbagai pengisian untuk program ini diadakan seperti Senam Robik, Pertandingan Mewarna, Sukan Rakyat dan Penyemakan & Pendaftaran Pemilih Baru. Ku lihat golongan belia, beliawanis dan masyarakat kampung di sini sangat sporting.Antara pemimpin yang hadir adalah YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Semarang/Ketua UMNO Bhg. Ayer Hitam/Ketua Penerangan UMNO Johor serta isteri dan Saudara Mohd Fadil B. Muskon, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam / Ketua Pemuda UMNO Johor.


Acara Senam Robik.. ni semasa warming up :) Instructor : Julie

Pertandingan Mewarna : Tekun betul adik2 nie..


YB Datuk Hj. Samsolbari B. Jamali semasa acara makan epal.

Selesai sahaja program tersebut, aku dan c-kin bergerak pula ke Square One, Batu Pahat membeli kain untuk baju raya kami. Aku beli 4 pasang, manakala c-kin 2 pasang. Penat c-kin mendengar leteran aku semasa dia memilih kain. Ada je yang tak kena di mataku dengan pilihannya..mana taknya, ada kain sesuai untuk OTT tapi dia nak.. mana boleh kan.. hehehhe..

Penat shopping, lapar pulak perut..teringin nak menikmati mee goreng basah dan kerang goreng di Kampung Sungai Lurus, Senggarang.Tiba di sana, ramai pula orang sebab ada program di kampung tersebut. Nak parking pun susah. Kat kedai makan tuh pun ramai orang. Meriah sungguh. Nasib baik ada satu meja yang kosong, terletak di sudut kedai. Air tengah pasang pulak tuh, memang best. Punya la lama tunggu orang nak ambik order.. membebel mulut si c-kin.. takper la kin.. kan ramai orang kan..


Tak lama kemudian, sampai lah pesanan kami.. ombak pulak makin kuat.. sambil makan, mata dok tengok ombak menghempas batu. Sesekali..terpercik air dia meja makan.. kecoh juga..takut bertambah masin makanan kami, bertambah air dalam gelas minuman kami..hehehhe.. tapi kami wat dek jer..tak macam pengunjung di meja sebelah..siap berpindah..hahahha.. cool kin..cool..takdenya masuk dalam makanan kita.. Selesai sahaja menjamu selera.. kami bergerak pulang pada jam 6.30 petang.



Nampak menyelerakan kan...
so... yummy...

P/S Adik C-kin thanks melayan kerenah kakak angkat mu nie yea.. huhu..LOVE YOU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan