Akhirnya, pada jam 2.00 petang kami ke BP Mall sahaja.. Menuju ke cinema dan membeli 2 keping tiket Filem Super 8.
Tayangan dijadualkan pada jam 4.30 petang. Sambil menunggu tayangan bermula, kami ke gerai makan Thai yang berada di G Floor, BP Mall.Seperti biasa menikmati Kuey Teow Tom Yam. Aku tak berdaya untuk menghabiskan Tom Yam tersebut. Ku rasakan Tom Yam hari ini tidak seperti selalu. Menyesal pun ada..tak ikut rasa hati.. pada awalnya nak order Nasi Ayam Goreng..Hubby pun tak daya nak jadi 'Majlis Bandaraya' :) Biasanya, dia la yang tolong habiskan.Selesai jer makan,hubby keluar ke parking lot untuk menikmati asap rokok. Aku malas nak tunggu, so ambil keputusan untuk berjalan-jalan.. aku berkenan pula dengan sebuah jam.. tak selesa tidak memakai jam di tangan. Jam Polo ku masih lagi belum ditemui..entah kat mana aku letak..aku pun tak tau.. Bising hubby coz jam tuh sebenarnya sepasang..sama seperti yang dipakai oleh hubby ku..
Jam 4.20 petang, kami masuk ke Cinema 3.. ramai juga yang menonton filem nie..semasa aku beli tiket, hanya ada 2 orang yang telah membeli tiket tersebut.Filem Super 8 nie menarik juga untuk ditonton.. mendebarkan.. ada masanya aku memegang tangan hubby kerana terperanjat. Filem ini mengisahkan aelien yang terpenjara oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.. pada satu masa, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan keretapi yang memang sengaja dilakukan oleh seorang doktor atas tujuan untuk membebaskan aelien tersebut..kejadian tersebut telah disaksikan oleh beberapa orang anak remaja yang sedang melakukan penggambaran. Filem ini turut mengisahkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan. Secara peribadi, aku merasakan berbaloi menonton filem ini.
Jika nak tahu bagaimana kesudahan filem ini.. pergilah menonton di pawagam berhampiran anda yea.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan