Peringatan Ajer..


Jumaat, 17 Jun 2011

Hari Ku Di KNJ


Hari ni seharian berada di KNJ, Johor Bahru..Seronok betul dapat jumpa kawan2 seperjuangan.. memang rasa rindu sangat sebab dah lama tak jumpa.. cuma berhubung di alam maya jer..Awal perjumpaan, kami dihidangkan dengan amanat yang disampaikan oleh big boss..dan terasa agak sedih juga apabila salah seorang kawan kami kena sound direct.. mahu ditukarkan ke unit lain sekiranya beliau masih lagi 'Tak Perfomr' dalam segala tugasan yang diberikan.. Dah namanya seperti adik beradik, maka sudah pasti kami juga terasa bila rakan kami ditegur sebegitu.. Macam yang Kak Orange Rama2 cakap, 'Cubit Peha Kanan, Terasa Tangan Belah Kiri'.. walau apa pun, kami mengharapkan agar sahabat kami itu akan melaksanakan segala amanah dengan sebaik mungkin.Tolong jangan terjun bangunan yea Kamal dot dot Jorak..

Hari ini, kami betul2 fokus semasa berbengkel.. memastikan bahawa tugasan disempurnakan dan diserahkan sebelum kami dibenarkan pulang.. Sepanjang bengkel tersebut, aku secara peribadi amat berbahagia dengan gelak tawa, gurau senda.. ibarat Iklan..yang dilakukan oleh rakan2.. thanks to abang Leman, Ichigo Azli yang sentiasa mewarnai setiap detik di KNJ..Tagline2 dalam MAHARAJA Lawak sentiasa meniti di bibir.. 'Boleh Tujukan Lagu Tak?', 'Haaaaaaaaaa....', 'Apa Pun Tak Boleh..', 'Kepala Lutut' membangkitkan hilai tawa.. sampai boss pun terkena dan tertawa..Ichigo Azli yang asyik menyakat Kak Sileh.. Pak Jak dan Abg Khamis yang secara tiba2 melawak tetapi muka slumber.. menimbulkan bengang di kalangan kami. Begitulah kami..apabila insan seramai 26 orang ini dihimpunkan..

Thanks to Adha n Sis Orange Rama2 yang berniat mahu menghantar ku pulang.. Tak sanggup aku nak menyusahkan kawan2.. Takkan la dari JB ke Ayer Hitam..kemudian patah balik ke JB..My Dear Fren MY ALL SAYANG.. thanks sebab berniat murni.. aku tak kecik hati pun ko tak dapat hantar aku balik.. Thanks to Ina JER n SERI sebab sudi tumpangkan aku balik tadi..

Sebenarnya.. AKU SANGAT SAYANGKAN KORANG.. APA PUN TAK BOLEH..ambik tempat korang..PEACE YOU ALL..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan